Sunday, 13 January 2013

Mati

Assalamualaikum..

harini nak buat entry pasal mati.. hee..
bukan ape, sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan juga awak-awak yang baca blog nih yang kita semua pasti mati. :)

kita semua tahu, setiap yang hidup di atas dunia ni pasti akan mati.. pasti!
sedangkan para malaikat pun akan dimatikan bila tiba kiamat nanti..

Allah dah tetapkan bila kita akan mati, bagaimana kita akan mati..
dah lama Allah tetapkan. dan kita memang sedar suatu hari nanti kita pasti dijemput Ilahi.

aku selalu pejam mata, dan cuba bayangkan aku di dalam kubur, disoal oleh Munkar dan Nakir..
aku cuba bayangkan bagaimana sakitnya pukulan mereka kalau aku tak dapat menjawab soalan-soalan yang akan ditanya. sudah semestinya sakit itu berkali ganda dari sakit di dunia!
Allahu Akbar! boleh menitis air mata bila fikir!

sejujurnya, aku jadi takut bila fikir macam tu..
sungguh, sahabat sekalian.. pernah tak terlintas dalam fikiran kita macam mana keadaan kita dalam kubur nanti?
itu dalam kubur. di akhirat yang kekal selamanya nanti macam mana pulak?

bersedia ke kita nak menghadapi mati?
bersedia ke kita nak menghadapi alam barzakh?
sedangkan sakaratul maut sendiri sudah amat menyakitkan, ini pula di dalam kubur dan di akhirat nanti.

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.R. Ibnu Abu Dunya). 

andai kata esok kita dijemput Ilahi, apa bekalan yang nak dibawa ke sana?
cukup ke amalan kita untuk menjanjikan terangnya kubur kita, luasnya kubur kita, wanginya kubur kita, dan mampu ke amalan-amalan kita tu dijadikan tiket untuk ke syurga?

ataupun apa yang kita ada setakat ni hanya mampu menjadikan kubur kita gelap gelita, sempit, terseksa dan akan humban kita ke neraka? nauzubillahi min zalik!

muhasabah diri, sahabat sekalian. kita recheck semula amalan-amalan kita selama ni.
jika sedar kita banyak berdosa, bertaubatlah.
sesungguhnya pintu yang paling luas ialah pintu taubat.

sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang..
Allah bersedia mengampunkan segala dosa kita walaupun dosa kita sebnyak buih dilautan, sebanyak pasir di pantai..
apa yang perlu kita buat cuma minta, merayu pada Allah agar dosa kita diampunkan..

jangan tertipu dengan godaan dunia yang sementara ni..
jangan turuti nafsu untuk membuat dosa, kelak nanti binasa..
ingatlah, akhirat nanti yang kekal selamanya.

mana satu pilihan kita? syurga atau neraka?

semua orang mahu kesudahan yang baik.
aku juga sedang cuba baiki diri. terlalu banyak khilaf, terlalu banyak dosa. bertaubat dan berubah ke arah kebaikan merupakan jalan terbaik.

"Setiap manusia adalah pendosa dan sebaik-baik pendosa adalah yang bertaubat” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

dekatkan diri pada pencipta kita. bertaubatlah sebelum terlambat.
perbaiki amalan kita..
jangan pernah fikir yang kita akan hidup lama di dunia ni..
kita takkan tahu bila ajal akan datang menjemput..

jalani kehidupan hari ini seolah-olah kita akan pergi menghadap Ilahi esok..

mudah-mudahan kita semua mempunyai pengakhiran yang baik di dunia ini.
semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.. aamiin..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...