Thursday, 21 March 2013
shopping.
Assalamualaikum..
hari ni aku pergi shopping dengan disha.
macam-macam aku beli.
tak sedar diri yang aku ni tak kerja, takde income sendiri, penganggur, tapi still gak shopping sakan.
sebenarnya niat keluar arini sebab nak gi klinik je.
kengkononnye tak sehat la kan..
aku pun ajak si disha tu pergi klinik.
"babe, nak bermeatball tak harini?" soal disha kepadaku. eceh.
"ntah. aku ikut je."
masa tengah tunggu ubat.
"aku rase kita pergi selayang mall jela. kite jalan-jalan kat sana je," kata disha.
"okay. aku tak kisah." aku ikut je sebab dia yang drive. hihi
pas gi klinik, singgah maybank jap.
transfer dwet untuk online shopping.
banyak gak dwet habes untuk online shopping. (aku rase aku nak unlike la sume page online shopping. habes dwet!)
aku shopping online beli a few niqab, abaya and supplements.
pastu singgah mydin jap.
beli jajan.
pastu pergi slayang mall.
hasil tangkapan aku di selayang mall ialah night/sleeping gown yang sangat comel dan yummeh.
time nak makan, usha-usha tempat makan.
taktaw nak makan mane.
cam bosan je restoran-restoran kat situ.
last-last kitorang ke ikea gak makan meatball.
haha..
aku dah agak dah. kalau keluar dengan disha tu, memang tak la nak stay kat area slayang je. mesti gi tempat lain gak.
aku kenal sangat dah dia tu.
kat ikea, aku makan meatball, spaghetti, creme caramel and dark chocolate cake.
ye, aku memang buas orangnye.
jaga-jaga bakal incek hubby.
dwet anda bakal habis dekat makanan jek. kehkehkeh
then kitorang merayau-rayau lepas makan.
aku cari pepper spray kat guardian.
hoy. mahal!
rm38.90!!
aku bajet pepper spray dalam rm 25-30 je.
mahal gilossss bangggg sampai 39 hengget!
da la packaging sangat tak attractive.
memang tak la aku nak beli.
bese la perempuan. kalau beli pape mesti nak yang cantik walaupun hanya seekor pepper spray.
aku tak tahu mana nak cari lagi yang murah sikit.
bak kata disha, buat sendiri je.
memang ada yang buat sendiri ni kang.
aku rase nak wat pepper spray sendiri guna ramuan ni
black pepper + cili padi + cili boh + garlic
pastu simpan sampai ade hidupan lain dalam tu.
pastu baru guna.
kahkahkah
kau rase kalau aku spray ramuan tu kat mata orang, agak-agak dia buta terus ke camne?
:D
kesimpulannya, aku nak cari tempat len je pepper spray tu.
disha kate ade yang jual packaging dia cecomels.
okay. nanti la cari.
and and and.
i dont know why tapi lately sifat kewanitaan dah mula muncul.
mungkin sebab aku almost 23? hmmm..
tadi mase gi guardian, bila dah kecewa pepper spray mahal ya amat, terus usha barang muka.
tetiba rasa cam nak beli toner la, cream muka la, ape la..
tetibe rase macam nak jaga muka.
oh, btw, tadi aku ada beli lulur gak kayyyy..
lulur kay. lulur.
tak pernah pernah cik rina ni pakai lulur.
tetiba beli.
oh oh oh.
apekah.
tetiba aku menjadi seorang wanita yang mementingkan kecantikan luar dan dalam.
mengapakah?
adakah kerana seruan untuk berkahwin sudah semakin hampir?
hahah ;p
kesimpulannya, niat nak pergi klinik je (kononnye) telah menyebabkan aku habis banyakkk dwet harini.
tahniah rina. tahniah.
i'm broke.
mudah-mudahan rezeki rina murah la dapat dwet lagi untuk mengcover dwet yang habis dibelanjakan tadi. hehe..
(ingat dwet jatuh dari langit?)
walaubagaimanapun, aku tetap puas hati dengan aku punye perbelanjaan harini.
percentage gembira shopping tu still lagi tinggi la dari percentage nak nanges tengok purse and balance dalam bank. haha..
okay. tu je. ;)
Sunday, 17 March 2013
kenapa?
assalamualaikum..
alhamdulillah, dah masuk 3 bulan aku berniqab.
semua dengan izin Allah.
sememangnya dari dulu lagi aku tertarik dengan niqab ni.
sejak sekolah menengah.
aku tertarik dengan ganjaran-ganjaran yang Allah kurniakan untuk para niqabis.
pernah terdetik sekali dalam hati masa tu, "nak pakai jugak lah nanti."
tapi masa tu bila fikir-fikir, macam impossible je aku nak pakai.
jubah, tudung labuh, purdah memang pakaian yang aku rasa macam mustahil untuk aku pakai.
nak, tapi rasa macam impossible.
so, aku tak fikir dah pasal tu.
sehinggalah umur aku 22 tahun.
keinginan nak pakai tu datang balik.
membuak-buak. eceh. kemain ayat.
tahun 2012 memang bagi banyak makna lah dalam hidup aku.
aku buat banyak perubahan yang aku sendiri tak jangka aku akan buat.
ofcoz, semua tu dengan izin Allah.
kisah penghijrahan aku, aku da tulis sebelum ni.
kali ni nak cakap pasal niqab.
sebelum aku pakai tu, memang aku fikir lama.
aku tanya pendapat ramai orang.
aku mintak nasihat.
aku google sana sini.
aku faham, bila dah berniqab ni, besar jugak tanggunjawab dia sebenarnya.
so, aku tak boleh main redah je nak pakai.
tapi sungguh, masa tu Allah memang datangkan rasa nak pakai sangat-sangat.
selalu fikir, nak pakai ke tak.
tapi hati memang nak sangat-sangat.
last-last aku beli gak.
tapi aku simpan. tunggu sampai ready.
maknanya aku memang nak pakai tapi tak tahu bila.
pastu hati aku terdetik pulak, kalau nak buat benda baik, jangan tangguh-tangguh.
mana tahu, esok lusa ajal sampai.
akhirnya, aku tanya mak aku.
"mak. kalau kita nak pakai purdah, mak bagi tak?"
tahu apa jawapan mak aku?
"sukati awak. awak yang pakai."
ahai. sempoinya mak saya.
bila mak dah cakap camtu, tak tunggu lama, aku terus start pakai.
dengan lafaz bismillah, dengan niat sebab nak dekat dengan Allah, nak ikut sunnah, aku pun pakai.
alhamdulillah.
first time pakai masa 20 Disember 2012.
masa tu dinner.
kenapa pakai masa dinner?
demi Allah, bukan untuk menunjuk, bukan nak tarik perhatian.
sebab aku tahu mesti malam tu banyak ambik gambar.
pastu nanti mesti ramai yang upload gambar,
then, nnt mestilah ade jugak 2,3 gambar terselit muka aku sebab aku suka jugak mencapap bila bergambar ramai-ramai ni. hee..
tak mahu lah bila aku dah start berniqab, banyak lagi gambar aku yang togel mukanya.
sebab tu aku pilih untuk pakai malam tu.
and bila aku tulis entry ni, baru aku perasan malam yang aku start pakai tu malam jumaat.
ouh, kebetulan yang indah!
malam terbaik aku pilih untuk jadi niqabis. ;)
perasaan jadi niqabis?
rasa selamat. rasa diri begitu berharga. hehe..
rasa dekat dengan Allah.
bila dah berjubah, berpurdah, bila nak buat jahat ke, nak cakap benda tak elok ke, nak marah-marah ke, rasa macam ada yang tahan.
okay. yang tahan marah tu mungkin kena usaha lagi. hehe..
at first,memang rasa janggal gila.
semua pandang macam aku ni alien.
segan.
tak seronok langsung bila orang pandang-pandang.
but kita keep cool. chill je.
lama-lama dah biasa.
nak cakap extremist ke, ajaran sesat ke hape ke lantak korang lah.
Allah tahu semua niat kita, kan?
kawan-kawan pun selamba je dengan aku.
takde yang takleh terima ke ape.
sume layan aku cam biasa.
korang memang best! muahh la kat korang.
baru-baru ni kawan aku tanya aku.
masa tu 1st time kitorang jumpa lepas setahun tak jumpa.
aku dah cakap awal-awal kat dia, aku pakai purdah da skang.
jumpa aku nanti jangan terkejut.
masa dia jumpa aku tu, dia tanya.
"kenapa nak pakai purdah? bukan wajib pun. pakai tudung labuh pun da okay kan?"
memula aku senyum je. pastu jawapan aku simple je.
"nak tambah pahala."
aku malas nak cakap panjang-panjang bahasa bunga-bunga.
sebab kawan aku tu pun jenis sempoi, otak gila-gila.
so, aku pun jawab simple je.
kenapa pakai purdah?
okay, ini jawapan panjang.
aku pakai sebab Allah kurniakan aku rasa untuk pakai.
Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk dikurniakan rasa yang hebat tu.
aku pakai kerana Allah.
aku pakai sebab nak ikut sunnah.
and yes, aku nak tambah pahala.
kenapa nak pakai? bukan wajib pun.
memang tak wajib.
tapi kalau buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa.
so, aku pilih pahala.
banyak lagi sunnah Rasulullah SAW, kenapa pilih sunnah untuk berpurdah?
aku tak pilih. tapi aku cuba laksanakan sebanyak mungkin sunnah baginda.
insha Allah, aku mampu istiqamah untuk meneruskan sunnah yang satu ni.
Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71]
aku nak cuba peroleh kemenangan tu.
inshaa Allah.
tak tahulah macam mana nak cakap.
bila korang dapat rasa kurniaan Allah untuk berpurdah tu, korang akan paham kenapa.
walaupun tak wajib, rasa puas hati, gembira dapat buat.
rasa selamat.rasa berharga. seriously.
tapi, aku taklah perfect.
kebimbangan aku yang utama ialah takut expectation orang tinggi kat aku.
expect yang baik-baik je dari aku.
honestly, aku banyak gilaaa kekurangan.
banyak gilaaaa nak kena belajar.
banyak gilaaaa nak kena baiki.
aku manusia biasa. buat dosa. banyak.
tapi aku masih dalam proses baiki diri.
tolong jangan expect yang baik-baik dari aku.
sebab aku manusia. bukan malaikat.
manusia fitrahnya memang tak lepas dari dosa.
kalau aku salah, jangan caci, jangan kutuk.
tapi guide aku.
tarbiyah aku.
ye, tolong tarbiyah aku.
kalau aku tersasar, terlalai, terleka, tolong tarik aku semula ke jalan yang lurus.
okay. tu saje.
panjang pula entry kali ni. hehe.
jom, pakai purdah! ;)
Saturday, 9 March 2013
kerja.
Assalamualaikum.
hye. i'm looking for a job.
with salary above rm3000.
working days of 4 days per week.
office hour.
ade tak keje gitu?
haha..
tu sesaje je tu.
aku memang tengah nak cari kerja.
tapi resume pun tak buat lagi,
and and and.
aku tak pandai lah nak cari kerja.
for now, aku bergantung kat jobstreet je.
selain jobstreet, kat mana lagi bole cari eh?
memula memang ingat nak lepak rumah je sampai convo,
after convo baru nak cari kerja.
but bila fikir balik, cam tak best je.
kena start cari kerja from now.
nak cari duit poket.
duduk rumah je duit takde.
aku ni plak suke shopping. ehe.
but one thing yang buat aku cam berat hati sikit is the interview part.
aku sangat "hebat' kalau bab interview ni kan.
gugup ya amat!
pastu cakap pun mula la ke laut.
haha..
pastu transport.
aku takleh la nak kerja jejauh sangat. coz takde transport sendiri.
kat rumah aku ni ade bas slowkl je.
itu pun sukahati dia nak gerak bila.
kadang-kadang sampai sejam menunggu.
so, aku takleh la kerja jejauh.
kalau da tunggu bas pun berabad.
bas slow plak kan.
pepagi jem plak.
okay, memang kena cari kerja dekat-dekat je.
ade tak yang nak bagi aku gaji bulanan eventhough aku duduk rumah je makan tido?
haha..
dasar pemalas!
semoga Allah murahkan rezeki Rina Erlina supaya dapat kerja best! Aamiin! ;)
semua terjadi dengan izin Allah.
Assalamualaikum.
lame dah rasanya tak update blog.
kalau blog ni boleh berdebu, mesti da tebal berinci-inci.
huehueh.
kali ni just nak bagi opinion about something.
as a woman, aku memang suka tengok-tengok supplements untuk kesihatan ni.
untuk cantikkan kulit la. untuk kurus la ape la.
tapi aku interested dengan supplement nak bagi kulit cantik je.
sebab aku ni memang jenis tak pakai krim muka ke toner ke pelembab segala bagai tu.
aku memang takde benda-benda tu semua.
yang aku ade, pencuci muka.
bedak pun bedak baby.
nampak tak betapa aku tak jaga muka aku?
haha..
so, bila umur dah nak cecah 23 tahun ni, aku dah mula concern pasal aku punya muka, kulit la ape la.
if aku tak jaga dari sekarang, agak-agak apa jadik bila aku dah tua?
kalau umur panjang, inshaa Allah.
mesti nampak lagi tua dari umur sebenar.
aku ni da la jenis bedal je makan apa pun.
langsung tak jaga diet. tah seimbang ke tak.
ulam-ulam memang la lagi aku tak sentuh.
sekarang memang la kulit okay lagi.
still muda remaja kan. ehe.
tapi fikir da kawin nanti.
da tua nanti.
yang penting bila da kawen nanti.
haha.
mesti nak kelihatan gojes sahaje untuk incek hubby.
walaupun da tua nanti.
so, aku pun start google sana, google sini tentang supplement untuk woman.
aku bukan nak review pasal produk yang aku berkenan.
tapi aku nak cakap pasal testimoni-testimoni about few products yang aku baca.
contoh.
"thanks kak kenalkan produk ni. disebabkan makan produk ni, saya dah mengandung."
"disebabkan produk ni, kulit saya dah makin cantik, makin cerah."
ini memang common.
hati-hati bagi pendapat.
yang paling tak tahan, contoh yang pertama tu.
ini memang selalu sangat aku baca.
"disebabkan makan produk ni, saya dah mengandung"
okay, kita tak tahu la apa dalam hati diorang.
kita take things positively.
ni just peringatan jela.
jangan cakap something yang boleh membawa kepada syirik.
i mean, the way orang tu cakap seolah-olah, produk tu yang wat dia mengandung.
produk tu yang jadikan kulit makin cantik.
no.
Allah yang jadikan tu semua.
produk-produk tu hanya perantara.
hanya penyebab.
hanya ikhtiar kita, usaha kita.
tapi yang bagi result sebegitu. hanya Allah.
makan la produk ribu riban, tapi kalau Allah tak bagi, tak jadi jugak.
jangan terlalu taksub dengan apa-apa produk ke apa barangan sekali pun sampai boleh cakap something yang macam terlalu mengagungkan benda tu.
but still, kita tak tahu apa sebenarnya yang diorang rasa or fikir.
kita tak boleh judge orang kan?
entry ni just untuk ingatkan diri sendiri dan orang yang baca (if ada) supaya perbetulkan cara kita berfikir.
ucapkan terima kasih kepada penjual sebab jadi penyebab kita dapat produk tu or something.
tapi say thanks only to Allah for giving us such results.
got it? ;)
ingat ye.
semua yang terjadi hanya dengan izin Allah.
terjadi dengan izin Allah melalui sesuatu (penyebab, perantara).
okay. tu je.
;)
Subscribe to:
Posts (Atom)