Tuesday, 25 March 2014

I'm married.

Assalamualaikum..

Lamanyaaaaaa tak jenguk blog. Since kahwin, dah tak pernah dah berblogging. Ngehee

Yes, i'm married for almost 5months now.. Alhamdulillah.
1 november 2013- tarikh keramat aku menamatkan zaman bujang sekali gus bergelar seorang isteri kepada Muhammad Shaifudin Arsat..

Kehidupan selepas kahwin? Tipu la kalau tak seronok. Haha..
Laki depan mata je tiap2 hari. Tengok muka suami dpt pahala, manja2 ngan suami dapat pahala, gurau2 dapat pahala. Gila tak seronok?

Tapi biasalah. Hidup berumah tangga ni ada asam garamnya. Memang mustahil untuk manis je sentiasa. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pulak suami isteri. Eceh.
Gaduh2 tu memang biasa la. Mana ada suami isteri tak gaduh. Tapi insha Allah, kalau kita pandai handle, gaduh tu akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Biasa lah, baru belajar duduk sebumbung, baru nak blajar cara masing masing, baru nak kenal pe'el sebenar masing masing. Dalam proses nak mengenal satu sama lain memang akan ada salah faham kadang2. Ada orang kata, biar la bercinta sampai 20tahun  pun, tapi selama bercinta tu perangai pasangan kita hanya lakonan. Selepas kahwin je baru kita tahu perangai sebenar pasangan kita. Yela. Kalau bercinta, time dating tu bole la nak cover cun cover hensem bagai. Kalau da dok satu umah, nampak 24 jam 7 hari seminggu nak cover camne ye dak? Masa kahwin la terbongkar semua perangai. Pemalas ke, rajin ke, pengotor ke, pembersih ke, bossy ke ape ke. Masa kahwin la baru nampak. Sebab tu jangan terkejut ada org bercinta bagai nak rak bertahun2 tapi kahwin tak sampai seminggu.  Nauzubillahi min zalik.

The thing is after kahwin, masing masing kena paham tanggungjawab and role masing masing. Hidup ni dah tak sama macam dulu. contoh bagi suami, kalau dulu kerja, gaji tu untuk kemewahan diri sendiri, pas kahwin dah tak bole nak fikir macam tu. Sebab rezeki bekerja tu Allah bagi supaya tunaikan tanggungjawab sebagai suami, that is sara isteri. Kena berkongsi rezeki dengan isteri. Nak2 isteri jobless macam iols ni kan. Ahaa..

Tanggungjawab suami isteri ni banyak.  Zahir dan batin. Zahir bukan merujuk kepada kebendaan semata mata dan batin bukan setakat di tempat tidur semata mata. Suami kena paham isteri, isteri kena paham suami. Toleransi kena tinggi. Tak boleh selfish. Kena pandai control marah. Kena jaga hati suami, kena jaga hati isteri. Isteri kena taat kepada suami as long as apa yg suami suruh tak melanggar hukum Allah.  Rasulullah pernah bersabda, kalau la manusia ni boleh suhud pd manusia lain, akan disuruh isteri sujud pada suami.

And aku teringat suatu cerita but samar2. Ada seorang wanita ni datang berjumpa rasulullah saw. Dia kata ada orang dtg meminang. Dia tak tahu nak terima ke tak. Rasulullah cakap, andai kata seorang isteri tu menjilat nanah di seluruh tubuh suami dia pun masih belum cukup untuk dikatakan taat pada suami. Perempuan tu terus kata dia lagi rela hidup sorang kalau camtu  sbb berat sangat tanggungjawab isteri. Takut tak mampu. Lebih kurang camtu la cite die. Aku tak ingat sangat.

The point is tanggungjawab sebagai isteri ni mmg berat. Sebab tu tak payah la nak bertanding ngan kawan2 nak tengok sape kahwin dulu. Perkahwinan ni bukan pertandingan. Sape kahwin dulu tak bermakna pun dia hebat ke ape. Isteri yg hebat ialah seorang isteri yg boleh jalankan tanggungjawab dengan baik, taat dengan Allah, rasul, dengan suami. Perkahwinan ni la yg menentukan isteri tu ke syurga (aamiin) atau ke neraka (nauzubillahi min zalik). Jangan main2 dengan role isteri dan jugak role suami. Bukan isteri je kena taat, suami pun kena sedar tanggungjawanb. Berdosa besar kalau abaikan isteri.

Aku pun still merangkak rangkak belajar jadi isteri. Baru nak masuk 5 bulan, still banyak sangat kena belajar. Hopefully aku dapat bergelar isteri solehah suatu hari nanti. Aaamiin..

Tapi yg tak berapa fun, aku still duduk kat rumah mertua. Sobs. Bukan tak seronok duduk ngan mertua. Okay je. Mertua aku baik. Orang kata duduk ngan mertua byk prob la ape la, tapi aku okay e. Takde masalah. Tapi tak fun sgt sbb nak la merasa duduk sendiri dengan suami. Baru la dapat rasa jalankan tanggungjawab sebagai isteri tu betul2. Jaga rumah, jaga suami.

Rumah nak sewa dah ada. Tapi rumah tu rumah baru. Sampai skang takleh duduk lagi padahal sebelum kahwin macam da nak siap da rumah tu. Owner kata awal bulan satu bole dapat kunci. Tapi ni dah nak masuk bulan4 hokeyyy. Owner kata, pemaju still tunggu sijil kebenaran untuk duduk kat rumah tu. Dah 3 bulan tau dok tunggu sijil tu. Kata kena check rumah dulu baru boleh kuarkan sijil, tapi sampai la ni owner kata dorg tak g check lagi. Majlis daerah pontian, apsal teruk sgt korg wat keje? Lembab gile. Da la aku tengok rumah tu takde improvement semenjak 2,3 bulan lepas. Harap tiang letrik je terpacak, lampu jalan langsung tak pasang lagi. Geram sungguh. Tapi kat sini siyes susah nak cari rumah sewa. Susa sangat. Sebab tu kitorang still tunggu walaupun saket hati.

Hmm.. Ade la kot hikmahnye kan. Sobs.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...