Tuesday, 11 December 2012

Haid dan Istihadah

Assalamualaikum..

Hari ni rasa terpanggil untuk buat satu entry tentang haid dan istihadah.
sebab aku perasan ramai kaum muslimat ambil kesempatan dengan menggunakan alasan "cuti" untuk tidak solat.
kalau da sebulan straight dok "cuti" je, ape ceritanya tu?

tapi aku hanya akan sampaikan setakat apa yang aku tahu. yang basic sahaja. :)

harap-harap kaum muslimat tidak menggunakan excuse untuk tak solat yang Allah dah bagi kat kita tu dengan cara yang salah.

tapi, mari berhusnuzon.
mungkin betul diorang cuti. mungkin betul ada keluarnya darah.
tapi mungkin sebab sedikit kurang ilmu tentang hal ni, jadi mereka fikir, mereka tak boleh solat kerana masih keluar darah walaupun untuk jangka masa yang panjang.

jangka masa keluar haid yang paling lama ialah 15 hari.
jika darah masih keluar selepas 15 hari, itu ialah darah penyakit atau istihadah.
jadi, WAJIB untuk solat pada hari ke 16..

dengan syarat, bila nak solat (untuk istihadah), sekali kita berwuduk hanya boleh digunakan untuk SATU SOLAT FARDHU sahaja..
maknanya, untuk 5 waktu solat, setiap kali tu kena bersihkan darah, kemudian pakai something yang boleh tahan darah tu keluar, then perbaharui wuduk kita.
tapi untuk solat sunat, takpe guna wuduk yang sama.

and ada satu lagi hal.
contohnya, kita berhenti haid pada hari ke 7..
tapi 3 hari kemudian, keluar darah lagi selama 5 hari. ini ialah darah haid.
kenapa?
7 hari haid + 3 hari suci + 5 hari keluar darah = 15 hari
macam yang diperkatakan kat atas tadi, waktu haid paling lama ialah 15 hari.
dalam kes kat atas, tepat-tepat 15 hari.jadi dikira darah haid.
if kurang dari 15 hari tetap dikira sebagai darah haid.

boleh rujuk sini UAI

so, masa bulan puasa, bila jadi macam ni, usually kita mesti puasa masa 3 hari suci tu kan?
tup2 lepas 3 hari suci, keluar darah lagi.
maknanya puasa kita masa 3 hari tu tak sah dan WAJIB ganti ye anak-anak sekalian sebab itu masih dalam tempoh haid. mohon perhatian tentang hal ni.

untuk kes lain pulak.
kita amek situasi yang sama macam kat atas.
kita berhenti haid pada hari ke-7..
3 hari suci.. tiba2 keluar darah selama 7 hari lagi.
ni darah apa pulak?

7hari + 3 hari + 7hari =17 hari.
sampai hari ke 15 ialah darah haid.
hari ke 16 dan ke 17 ialah darah istihadah.
jadi hari ke 16 tu dah WAJIB solat seperti biasa..

tentang mandi wajib pulak, bila dah kering haid, cepat-cepat mandi wajib.
jangan ditangguhkan.
kalau haid sudah kering pada waktu asar, kemudian kita tangguh, mandi pada waktu maghrib, wajib kita qada solat asar tadi.
and begitulah seterusnya.
kita kena alert la bila haid kita kering.

okay.setakat ni je aku mampu sampaikan dulu.
benda basic je tapi kadang-kadang ada juga yg tak tahu.

jangan ambil ringan soal ni.. yang muslimat  mesti kena tahu..
yang muslimin pun kena tahu juga untuk ajar isteri dan anak-anak nanti.
benda simple, tapi hal ni la orang selalu buat silap.

muslimin yang bergelar suami atau ayah, memang kena ingatkan isteri-isteri dan anak-anak tentang hal ni..
sebab nanti kalau dorang tinggalkan solat sesuka hati, tak alert, awak jugak yang kena tanggung kat akhirat nanti.
elok-elok dah nak masuk syurga, tetiba isteri or anak-anak tarik masuk neraka sebab tak didik dorang betul2. nauzubillahiminzalik.

harap apa yang aku cuba sampaikan ni, bermanfaat bagi korang.
kalau ada salah, mohon betulkan.
pape pun jangan tinggalkan solat sewenang-wenangnye dengan alasan "cuti". :)

wallahualam.






Friday, 30 November 2012

hijrah


Assalamualaikum..

Pada 15 November 2012 yang lalu bersamaan dengan 1 Muharram 1434 Hijrah, kita dah masuk Tahun Baru  Islam ataupun lebih dikenali sebagai Maal Hijrah.

Alhamdulillah, dengan rasa bersyukur aku juga nak katakan, masuknya tahun baru ini, aku juga berjaya melakukan penghijrahan untuk diri aku sendiri..

bukan mudah ye kita nak dapat perasaan untuk berhijrah ni. itu semua datang dari Allah. 
once kita dah dapat rasa tu, kita grab, and berusaha untuk melakukan perubahan. 
jangan ignore. kalau kita ignore, kitalah dikalangan orang yang rugi.

Alhamdulillah, penerimaan orang untuk "Rina yang baru" ni sangat-sangat baik.. 
syukur Alhamdulillah..

aku nak berkongsi sedikit cerita tentang penhijrahan aku.

aku dulu pun ada zaman yang "jahil". zaman silam di mana aku bertudung, tapi tak menepati syarak.
begitu juga cara berpakaian. tak sempurna. semoga Allah ampunkan kekhilafan aku. :'(

sehinggalah sampai suatu masa, ditakdirkan Allah, arwah ayah meninggal dunia pada 31 Disember 2010. 
Al-fatihah untuk ayah.. :'(
start dari situ, terdetik rasa nak berubah dalam diri. tengok arwah ayah yang sangat aku sayang terbujur kaku di depan aku. Allahurabbi.. sedih sangat. dan aku sedar, kematian itu pasti. 
sedia atau tak, ia tetap akan terjadi. sepertimana Allah mengambil ayah semula secara tiba-tiba.

dari situ, timbul satu perasaan untuk mendalami agama. aku mula beli buku-buku agama. aku baca. 
tapi malangnya, usaha itu tak consistent. 
biasalah, nak buat baik, pasti syaitan akan melemahkan semangat kita.
tapi Alhamdulillah, Allah tak tarik perasaan untuk berubah tu dalam diri aku.
walaupun pada masa tu usaha aku on off, tak istiqamah, Allah tetap kurniakan rasa tu dalam diri aku.

sampai awal tahun ni, aku mula berubah sikit-sikit dari segi pemakaian. 
benda basic yang aku buat, aku jaga solat, jaga aurat.
Alhamdulillah, selama ni aku memang dididik untuk menjaga solat. 
jadi bila nak berubah ni, aku cuba perbaiki solat aku. aku cuba sempurnakan solat aku.
solat yang sempurna akan membentuk hati dan akhak yang mulia kan?

mungkin sebelum ni solat aku tak sempurna, sebab tu tak dapat menghalang aku dari membuat perkara yang tidak baik.
kalau nak berhijrah, solat memang sangat penting. 
pastikan solat sempurna, cukup 5 waktu sehari. nak cantik lagi, buat solat sunat. 
solat sunat akan menutup kelemahan atau ketidaksempurnaan solat fardhu kita, in shaa Allah.
solat tiang agama. solat boleh mencegah kita dari meungkaran.
jangan malas untuk solat. runtuh tiang agama, hancurlah segalanya.

kemudian, aku start dengan cara aku berpakaian. 
aku labuhkan tudung sehingga paras dada.. longgarkan seluar, longgarkan baju.
lama sikit, aku pakai stoking kaki..
kemudian, aku start pakai hand socks pulak. cuma muka dan pergelangan tangan sahaja bukan aurat.
jadi, bahagian lain WAJIB ditutup.

aku buat semuanya step by step. yang sedikit itu tapi berterusan sangat disukai Allah.
takpe kita ubah perlahan-lahan, sikit-sikit, asalkan berterusan.
dalam masa yang sama, dalami ilmu agama.
aku suka beli buku agama. kalau dulu, masuk bookstore mesti pergi seksyen novel.
tapi sekarang tak lagi. aku mesti pergi seksyen agama. 
sebab aku ketandusan ilmu agama. jadi, itulah yg perlu aku cari.

bagi yang tak suka membaca, boleh pergi kat youtube, dengar ceramah agama.
aku suka sangat dengar ceramah UAI.
kelakar tapi pada masa yang sama dapat tambah ilmu. 
and rajinkan diri untuk ke majlis-majlis ilmu atau agama.
setakat ni, aku hanya berpeluang pergi hanya 2,3 majlis agama.. :(

tapi masa aku nak berubah ni, serius cakap, istiqamah part yang paling susah..

contoh, tiba-tiba rasa macam malas sangat nak sarung handsocks, kena sarung stokin lak sebelum keluar.
rasa cam leceh plak. 

haaa... itu kerja syaitan. apa nak buat masa rasa camtu?
kuatkan hati, lawan rasa malas tu. fikir, aku buat untuk redha Allah.
ingat, mujahadah itu memang pahit, kerana syurga itu manis.

kemudian, aku start pakai tudung bidang 50 dulu. 
kawan-kawan dah panggil aku ustazah da time tu. tapi takpe. 
setiap kali diorang panggil camtu, aku senyum je. aku siap aminkan lagi.
sebab aku suka. untung-untung boleh jadi ustazah betul-betul, ye tak?
lebih baik dipanggil ustazah dr dipanggil dengan panggilan yang tak elok, kan?

tapi, bila aku pakai tudung bidang 50 tu, aku rasa tak cukup.
aku rasa tak puas hati. memang ada yang kata, cara aku pakai tu memang dah okay dah.
dah tutup aurat. tapi tah la. 
aku tak puas hati. bagi aku, aku tak seronok duduk dalam posisi macam tu je.
i need some improvement.

come to that extend, zappp! hati aku terus terdetik, aku nak pakai tudung labuh yang berjahit tengah tu.
bukan bawal 60 ke ape tapi terus nak pakai tudung labuh.
dan rasa tu datang dari siapa? dari Allah SWT. 

mula-mula, aku memang minat sangat nak pakai niqab. tapi aku tak mampu dan tak layak.
pastu timbul rasa nak pakai tudung labuh tu.
aku diamkan aje. ada rasa, tapi takde tindakan.

aku tanya hal ni kat kawan aku. dia nasihatkan aku, "dah rasa, why not teruskan? ingat senang Allah nak bagi rasa tu?"
aku terus ada semangat nak pakai. aku terus tempah online. 
aku malas nak jahit sendiri. hehe.. kena cari kain, kena jahit..ouhh.. leceh.
online senang. tempah, bayar, then tunggu tudung sampai sambil goyang kaki makan cekedis. haha   xD

aku tempah 4 helai terus. bila tudung dah sampai, aku fikir balik.
betul ke aku nak pakai ni? nanti kalau orang pandang pelik camne? segan lah..
pastu yang paling aku takut, kalau aku pakai tudung cmni, orang akan expect yang baik-baik je dari aku sedangkan aku terlalu banyak lagi yang perlu belajar. banyak lagi yang perlu diubah.
pastu, aku pun pendamkan dulu hasrat nak pakai eventhough tudung dah ade dalam tangan.
ini kerja siapa yang buat aku ragu-ragu? kerja syaitan.

nak dijadikan cerita pulak, beberapa hari sebelum tudung tu sampai kat rumah, kawan aku ade ajak aku pergi kem ibadah. nama kem tu Kem Pembinaan Team Da'ie.
tak fikir panjang, aku terus cakap kat kawan aku, "okay. aku nak join."

dan sehari selepas aku dapat tudung tu, aku pun pergi kem ngan kawan aku. kitorang pergi berdua. 
yang pergi dalam 30++ tapi kitorang tak kenal yang lain.  
kem tu selama tiga hari. Subhanallah. banyak sangat ilmu dapat.. dapat kawan-kawan baru.
bersyukur sangat sebab pergi. tapi 3 hari rasa macam tak cukup. rasa banyak sangat yang perlu belajar.

tapi masa kat kem tu, terdetik dalam fikiran aku.
"Allah tahu aku nak jadi baik. Allah tahu aku nak berubah. jadi Allah hantar kawan aku ni untuk ajak aku pergi kem ni. dan dengan kuasa Allah, aku ada kat sini untuk tuntut ilmu agama."

rasa nak nangis bila fikir macam tu. sebab bila kita nak jadi baik, Allah mesti tolong.
kita je kena usaha, kena pandai guna peluang yg Allah bagi. and pada masa tu jugak, hati aku terus terbuka sangat-sangat untuk pakai tudung labuh tu. yakin!

perancangan Allah tu cantik sangat-sangat. Allah hantar aku ke kem tu, dan berada kem tu da banyak bantu aku.
Alhamdulillah.. :')

balik je dari kem tu, aku tengok balik tudung-tudung tu. aku cakap dengan diri sendiri, aku nak pakai time pergi kelas esok!
aku mintak semangat dari kawan-kawan. semua bagi support yang sangat memberangsangkan. :')

hari selasa, 27 November 2012 adalah hari pertama aku menjadi "Rina yang baru".. :')
serius aku cakap, pertama kali aku sarung tudung tu, tengok diri sendiri kat cermin ade suatu perasaan yang tak dapat nak digambarkan.

rasa sebak, rasa nak menangis. :')

dan sekarang bila aku keluar, aku rasa selamat..
takde lagi pandangan-pandangan liar..
bila berjual-beli dengan lelaki, kalau dorang nak pulangkan baki, hati2 dorang bagi supaya tak tersentuh tangan. and dorang boleh2 akan jauhkan diri supaya tak tersentuh kita.. 
Allahu Akbar.. rasa sangat-sangat dihormati sebagai muslimah.

Allah sayang kita, Allah jaga kita wahai muslimah sekalian. sebab tu Allah suruh tutup aurat.
tutuplah aurat dengan sempurna. kita akan rasa kemanisannya, inshaa Allah..
tak rugi pun tutup aurat ni. langsung tak rugi.
malah kita lagi hepy, lagi diredhai..
setiap saat bila kita tutup aurat dikira pahala.
tapi jangan la kita buat sesuatu kerana ganjaran, tapi buatlah kerana Allah..
jika perubahan itu kerana Allah, inshaa Allah akan kekal.. :)

masa pergi kelas, lecturer pun ada yang panggil aku ustazah.. haha..
anak-anak buah aku pun same..
mana tahu, masin mulut dorang, aku dapat jadi ustazah betul-betul. hikss..

dan sekarang, aku harap sangat aku mampu istiqamah.
inshaa Allah aku akan istiqamah. sebab aku da jatuh cinta sangat-sangat dengan tudung labuh ni..
dan aku takkan tinggalkan sesuatu yang aku cinta.

aku bersyukur sangat-sangat pada hadrat Ilahi.
walaupun dalam kelas aku, aku seorang je yang pakai camni, kawan-kawan yang lain tetap layan cam biasa..
Alhamdulillah.. :')

ini permulaan yang baik untuk suatu perjalanan yang masih jauh.


"Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu." (HR. Muslim no 145)


Thursday, 15 November 2012

Kawan.


Assalamualaikum.


Harini nak bercakap pasal kawan.
As we grow older, friends will come and go.

Betul ke?

Mungkin. Untuk sesetengah hal mungkin betul.
Kawan memang datang dan pergi. Tapi kawan yang sejati akan tetap bersama kita walau apa pun yang terjadi. Kan?

Kat atas muka bumi ni ada bermacam-macam jenis manusia.
Pelbagai ragam. Pelbagai kerenah.
Sebab tu kita juga akan ada pelbagai jenis kawan.
Susah nak dapat kawan yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita.

Yang akan ada time kita susah.
Yang akan support kita bila kita jatuh.
Yang akan tegur kita bila kita salah.
Yang akan beri kita kekuatan bila kita lemah.
Yang akan pinjamkan bahu bila kita sedih.

Kau ada kawan-kawan yang macam tu?
Kalau ada, bersyukurlah.

Sebab susah nak jumpa kawan yang macam tu sekarang.
Aku juga ada kawan-kawan yang begitu. Alhamdulillah. :’)

Tapi.

Ada suatu perkara yang aku sedar aku kena tempuhi bila aku nak berubah.
Akan ada kawan yang kurang senang dengan perubahan aku dan bertindak jauhkan diri dari aku.

Kawan yang baik akan mengingatkan kita kepada Allah.
Bukan jauhkan diri bila kita mahu dekat dengan Allah.

Suka hati lah. Aku tak buat apa-apa kesalahan.
Aku cuma mahu mengenali Pencipta aku.
I live in this temporary world to please Allah.

Mungkin dari situ aku dapat tahu siapa kawan yang betul-betul kawan.

Tapi takpe. 
Sesiapa pun yang pernah berkawan dengan aku, akan tetap jadi kawan aku sampai bila-bila. :)




Saturday, 3 November 2012

Perjanjian Takliq Ketika Akad Nikah.

Assalamualaikum..

tadi aku terbaca something interesting.
di mana kita, wahai muslimah sekalian, boleh menambah perjanjian takliq ketika akad nikah.
perjanjian takliq agar suami tidak berpoligami atau tidak berkahwin lain.
jika suami kita tetap berkahwin lain tanpa keredhaan kita, maka jatuhlah talak.

Allah sangat2 paham tentang hati kita, hati wanita yang mudah cemburu.
kita ciptaanNya. seharusnya Allah lebih memahami kita lebih dari segalanya.
kalau lelaki boleh berkahwin 4, kita juga wahai muslimah boelh menetapkan syarat ketika akad nikah agar tidak dimadukan. jadi, girls, don't worry. Islam is a very2 fair religion. 
Allah sangat2 adil.

okay, artikel bawah ni aku copypaste dari sini.



Pasangan Berhak Meletakkan Syarat.

Teristimewa buat bakal pengantin muslimah, ketahuilah bagaimana Islam memahami fitrah dan hatimu. Islam agama yang sangat menghormati dan meraikan hak wanita. Islam membelai setiap hati dan perasaan dengan keadilan. Jangan sangka Allah tidak mengerti tentang kecemburuanmu. Mari telusuri hakmu dalam syarat ta’liq seiring dengan perjanjian perkahwinanmu nanti. Ia akan menjadikan hatimu tenang dalam mengjangkau sebarang kemungkinan.

Apa itu Syarat Ta’liq?

Syarat Ta’liq atau Ta’liq talak merupakan perjanjian suami isteri yang bersifat sukarela, yang ada atau tidak hanya ditentukan oleh pihak suami isteri dengan tujuan memberikan keadilan bagi kedua-dua pihak.
Ianya bermaksud menggantungkan pernikahan dengan syarat tertentu. Jika ada di kalangan suami atau isteri melanggar syarat maka jatuhlah talak.
Dilihat dari segi kewujudannya, ia sebagai perjanjian yang menggantungkan kepada syarat dengan tujuan utama melindungi isteri dari kemudaratan atas kesewenangan suami.
Perjanjian Ta’liq Talak biasanya dilakukan ketika suami menandatangani sighat Ta’liq yang diucapkannya sesudah akad nikah.

Dalil Sah

1. Dalil sah talak ta’liq yang dikaitkan dengan sifat atau syarat, dan jatuhnya talak jika syarat atau sifat itu benar-benar berlaku ialah Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat mereka”
(HR Al-Hakim dari Anas dan Aisyah).
Difahami daripada hadis di atas syarat-syarat yang dikaitkan dengan berlakunya sesuatu perkara adalah diambil kira oleh syarak selagi ia tidak mengharamkan perkara halal atau menghalalkan perkara haram.( Al-Fiqhul Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 4, Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan; Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji; terjemahan Ust Azizi Ismail & Ust Mohd Asri Hashim; Pustaka Salam 2002.)

2. Rasulullah SAW bersabda, “Syarat yang paling berhak untuk dipenuhi adalah syarat yang menjadikan kamu halal bersetubuh dengan isterimu.” (HR Bukhari dan Muslim. Muttafaq alaih).

3. Rasulullah SAW pernah berkhutbah di atas mimbar dengan mengkritik Ali secara halus agar tidak memadukan puterinya dan memenuhi janji terhadapnya agar tidak menyakiti hati Fatimah kerana menyakiti Fatimah bererti menyakiti Rasulullah sendiri. Baginda juga menyebut dan memuji menantunya yang lain yang telah memenuhi janji terhadap beliau dengan tidak menduakan puterinya. (Rujuk hadis riwayat dari Abdullah bin Abi Mulaikah bahawa Musawwir bin Mahramah bercerita tentang hadis ini, diriwayatkan oleh Bukhari.)

Walaupun ia tidak disyaratkan ketika ijab dan qabul tetapi ia sedia maklum sudah termasuk sebagai syarat. Ibnu Qayyim berkata, “Hadis ini mengandung beberapa perkara, iaitu: Seorang lelaki apabila isterinya sudah memberi syarat tidak boleh dimadu, maka wajiblah syarat ini dipenuhi. Tetapi jika ternyata kemudian dimadu, maka si isteri berhak membatalkan perkahwinannya.
Menurut kaedah Imam Ahmad, syarat yang melembaga dalam adat istiadat sama dengan syarat yang diucapkan. Maka, dalam adat perkahwinan puteri Rasulullah yang darjat mereka adalah tinggi, tidak boleh dikumpulkan dengan wanita lain walaupun hukumnya harus. Sebagaimana pendapat Imam Nawawi, Rasulullah takut agama mereka rosak kerana cemburu. Darjat mereka tinggi pada agama, bukan semata-mata keturunan.
Ta’liq Talak sebagai alasan perceraian telah melembaga dalam hukum Islam sejak lama, sejak zaman sahabat. Mereka yang menyokongnya ialah Umar bin al-Khattab, Saad bin Abi Waqash, Mua’wiyah, Amru bin Ash, Umar bin Abdul Aziz, Jabir bin Zaid, Thawus, Auza’ie, Ishaq dan sebagainya. Sebahagian besar ulama sepakat tentang sahnya.

Bolehkah Mensyaratkan Suami Tidak Berpoligami?

Ya, boleh!
Menurut Wahbah Zuhaili di dalam bukunya yang mahsyur seluruh dunia, Al-Fiqh wa Adillatuhu, atau terjemahannya di Malaysia, Fiqh Perundangan Islam, mensyaratkan agar suami tidak berpoligami sah dimasukkan ke dalam syarat ta’liq.
Ia tidak termasuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram kerana ia hanya perkara harus. Contoh mengharamkan yang halal ialah mensyaratkan agar suami tidak menyetubuhinya. Ia bukan harus bahkan wajib menjadi hak suami yang perlu ditaati isteri.
Sayyid Sabiq juga menjelaskan di dalam bukunya, Fiqh Sunnah bahawa menjadi hak perempuan mensyaratkan tidak dimadu. Jika syarat yang diberikan oleh isteri ini dilakukan ketika ijab qabulnya supaya dia tidak dimadu, maka syarat ini sah dan mengikat, dan dia berhak membatalkan perkahwinan jika syarat ini tidak dipenuhi oleh suaminya, dan hak membatalkan perkahwinan ini tidak hilang selagi si isteri tidak mencabutnya dan rela dengan pelanggaran suaminya.
Begitu juga pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim. Ini kerana syarat-syarat dalam perkahwinan lebih penting nilainya daripada jual beli, sewa-menyewa dan sebagainya. Oleh sebab itu, memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh isteri lebih wajib dipenuhi.

Tujuan Syarat Ta’liq

Dr. Mahmud Syaltout dalam bukunya Perbandingan Mazhab, menjelaskan bahwa perceraian lewat perjanjian Ta’liq Talak adalah jalan terbaik dalam melindungi wanita atas perbuatan tidak baik dari pihak suami. Sekiranya seorang suami telah mengadakan perjanjian Ta’liq Talak ketika akad nikah akan dilaksanakan dan bentuk perjanjian itu telah disepakati bersama, maka perjanjian Ta’liq Talak dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq atau perjanjian, sehingga terjadinya pelanggaran bagi pihak suami, maka isteri dapat meminta cerai kepada pengadilan.
Sementara itu, jumhur ulama mazhab berpendapat bahawa bila seseorang telah menta’liqkan talaknya kemudian telah terpenuhi syarat-syaratnya sesuai dengan kehendak mereka masing-masing, maka ta’liq itu dianggap sah untuk semua bentuk Ta’liq, baik ia mengandung sumpah (qasamy) ataupun mengandung syarat biasa, kerana orang yang menta’liqkan talak itu tidak menjatuhkan talaknya pada saat orang itu mengucapkannya, akan tetapi talak itu tergantung kepada terpenuhinya syarat yang dikandung dalam ucapan ta’liq itu.

Anda Takut Bermadu Kerana Kepentingan Akhirat Anda?

Buat bakal pengantin muslimah yang takut dimadukan suami kerana takut agamanya rosak lantaran cemburu, Islam memberikan solusi yang amat adil. Begitulah ketenangan beragama yang dimiliki oleh puteri-puteri Rasulullah SAW.
Tersenyumlah. Yakinlah akan terbelanya hak-hak seorang muslimah di dalam Islam. Islam agama terbaik. Agama fitrah. Agama yang memahami hati dan perasaan. Tiada diskriminasi gender. Tiada pemaksaan yang bertentangan dengan fitrah. Bukankah Allah sangat memahami?



Alhamdulillah. ini berita baik untuk kita kan? yelah, aku sebagai perempuan sangat-sangat mengakui bila kita cemburu, macam-macam yang kita boleh buat diluar tindakan dan kewarasan akal.
aku rasa perjanjian ini juga bagus untuk mengelakkan seseorang isteri itu daripada menjadi nusyuz.
bila dah cemburu, dibakar api kemarahan, diluar kewarasan akal, tak mustahil seseorang isteri itu boleh melakukan sesuatu yang menyebabkan dia jatuh nusyuz. nauzubillahiminzalik.

aku juga akui, aku ni tergolong dalam golongan wanita yang sangat-sangat kuat rasa cemburunya.
jadi, insyaAllah bila aku bakal berkahwin suatu hari nanti, aku akan berbincang dengan bakal zaujku untuk tambah perjanjian ini semasa akad nikah nanti.

tapi honestly, aku memang sangat lega pasal benda ni. aku pernah dengar pasal ni, tapi aku tak ambil port sangat sebab tak terfikir sangat kahwin-kahwin ni.
tapi sekarang mungkin dah boleh mula fikir tentangnya.
aku pun baca balik tentang hal ni dan cara-cara untuk tambah perjanjian ni dalam akad nikah.
untuk cara-cara, boleh google je.insyaAllah jumpa. ;)

By the way, Islam ni memang agama yang memahami fitrah manusia.
And i am so glad and very grateful that Allah chose me to be one of His servants.
Islam itu indah. Sangat indah. ;)


Wednesday, 31 October 2012

Jodoh

Assalamualaikum..


jodoh. mesti korang-korang yang belum kahwin tu tertanya-tanya siapa bakal zauj dan zaujah memasing kan? siapa yang Allah dah jodohkan, yang Allah dah tuliskan namanya di Luh Mahfuz sebagai pasangan kita..

masa umur kita 4 bulan di dalam kandungan ibu kita, Allah memang dah tetapkan dah rezeki, jodoh, ajal maut, amalan serta pengakhiran kita di dunia ni.

jodoh ni Allah dah tetapkan dengan kehendakNya.. and it is unpredictable.
kenapa unpredictable?

contoh, kita bercinta sakan dengan orang tu, bercinta bertahun-tahun, tapi Allah dah tetapkan jodoh kita bukan dengan dia, tapi dengan org lain, tak kahwin jugak kan?

sama jugak, even kita nak lari camne pun dari someone tu, nak elak camne pun, tapi kalau Allah dah tetapkan dia tu jodoh kita, lari ke hujung dunia pun, tetap akan kahwin jugak.

kehendak Allah. siapa yang boleh elak?

macam aku selalu baca kat novel, bercinta sakan, tibe-tibe time nak kahwin, bf/gf hilang ke mana..
tup-tup kahwin ngan orang lain je. (aku kaki novel)
maksudnya kat sini, selama mana pun berkawan, tak guarantee dia tu jodoh kita.
dan walaupun singkatnya perkenalan, tak mustahil orang tu jodoh kita.

but ramai je orang yang bercinta then kahwin dengan pasangan dorang tu jugak.

dan, jangan persoalkan tentang jodoh, rezeki orang lain.
"eh, apsal kau kawen ngan mamat/minah tu?"
"weyh, takde laki/perempuan lain ke kau nak wat suami/isteri?"

dan jugak, jangan persoalkan waktu jodoh itu sampai pada seseorang.
"awal dowh kau kawen. gatal ke hape?"
"kau ni dah tua. kenapa tak kawen-kawen lagi?"

kenapa nak persoalkan apa yang Allah dah tetapkan?
jangan persoalkan. just doakan yang terbaik.

ape pun, just ingat, apa pun yang Allah dah tetapkan untuk kita, memang itulah yang terbaik.
pasti ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Always.

(image from google)


ayat ni comel je and kelakar.. hehe..
(image from google)






Saturday, 27 October 2012

istikharah.

Assalamualaikum.

bila kita confuse, tak tahu apa keputusan terbaik yang harus kita buat, jawapannya, istikharah.
minta petunjuk dari Allah.
sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

petunjuk yang Allah akan bagi sama ada melalui mimpi atau gerak hati.
ada suatu perkara ni, setiap kali aku buat istikharah, setiap kali aku doa, hati aku mesti kuat memilih dia.
dari dulu sampai sekarang.

ini petunjuk Allah atau ini kemahuan hati sebab terlalu sayang?
aku harap memang ini yang terbaik.

aku selalu doakan jodoh aku awal sebab aku mahu disayangi dan menyayangi dalam ikatan yang suci, dalam hubungan yang diredhaiNya.
nah, peluang sudah ada.
lagi awal dari yang dijangka.
mudah-mudahan tiada halangan.

aku sedang membina kekuatan untuk berterus terang.
semoga niat suci ini dipermudahkan oleh Mu, ya Allah.


Monday, 22 October 2012

istiqamah.

Assalamualaikum..

bila kita nak berubah ke arah kebaikan, istiqamah adalah part yang paling susah.
iman kita ada naik dan turunnya.
istiqamah yang bantu kita improve iman kita.

biar amal yang kita buat tu sikit, tapi berterusan.
tapi nak buat secara berterusan tu susah.
kadang-kadang kita lupa.
kadang-kadang kita malas.
aku pun macam tu.
astaghfirullahalazim.. :'(

aku kecewa dengan diri aku sendiri.
aku nak berubah, tapi perubahan aku macam limited.
aku akui, istiqamah sangat susah. tak tipu.
godaan syaitan sentiasa ada kan?

i need some encouragement.
i really do. i need some support.
i need some guidance.
demi Allah, aku perlukan bimbingan.
yes, aku da banyak beli Islamic books.
banyak sangat. kalau dulu masuk kedai buku mesti cari novel.
tapi sekarang masuk kedai buku terus pergi bahagian buku-buku Islamic.

aku bukan nak riak. nauzubillah.
tapi aku nak cakap, even beli banyak buku, baca banyak buku, seolah-olah macam tak bagi impak yang besar kat aku.
aku baca, tapi kadang-kadang aku tak amalkan. :'(
aku perlukan someone yang boleh ajak aku pergi majlis ilmu, yang boleh ajak aku qiam kat masjid, yang boleh ajak aku jemaah kat masjid.
sumpah, aku nak macam ni.

sebab aku rasa, aku takleh improve dengan bacaan je. aku perlukan orang untuk guide aku.
untuk ajak aku beramal.
yes, aku tau, aku yang kena usaha cari orang macam tu.
bukan tunggu orang datang kat aku.
tapi aku taktahu mana nak mula.
aku tak tahu nak approach siapa.
mungkin aku patut buang rasa segan. nak buat baik, nak tambah ilmu, tak boleh segan2 kan?
aku harap Allah permudahkan.
kalau kita nak jadi baik, InsyaAllah Allah akan hantar orang yang baik kat kita kan.

kawan, doakan aku jadi lebih baik, kuat untuk istiqamah.
doa dari semua orang, support dari semua orang yg aku perlukan.
nak jadi baik bukan mudah kan?
sebab tu aku perlukan support.
bukan downkan aku.

aku kecewa bila aku tengah cuba nak berubah, ada yg tak senang dengan perubahan aku.
ada yang kata aku riak. ada yang kata tak payah nak tunjuk baik. :'(
sedih, sumpah sedih. salah ke nak jadi baik?
aku bukan riak. aku cuma kawal diri aku, aku cuba post baik2, tweet yg baik2 dengan niat untuk tambah ilmu aku, tambah ilmu orang lain..
social network kalau kita gunakan baik2, boleh jadi saham kita di akhirat nanti kan?
tapi ada yang salah sangka cakap aku riak.
astaghfirullahalazim. kawan sendiri cakap camtu.
hancur hati. bukan ke lagi baik kita cakap yang baik2 dari cakap yang bukan2, mencarut sana sini?
sedih, memang sedih. tapi aku redha.
ujian dari Allah.
bukan mudah untuk jadi baik kan?

tapi takpe. itu akan jadi peringatan untuk aku supaya jauhi perasaan riak.
niat buat sesuatu hanya untuk Allah.
niat seseorang tu Allah je yang tahu.
janganlah judge orang sesuka hati.
kalau pun salah, tegurlah cara yang lembut.
bukan dengan cara sinis macam tu. dalam Islam ada adab untuk menegur kan?
tapi apa pun, terima kasih, kawan.
sebab 'support' perubahan aku.

kawan2, doakan Allah buka jalan dan permudahkan aku untuk dekat padaNya.. :')
tegurlah aku dengan cara yg berhikmah kalau aku salah.
aku masih belajar menjadi muslimah sebenar.
bimbinglah aku untuk ke Jannah, kawan2..
kawan yang baik adalah kawan yang mengingatkan kita kepada Allah.




Lemah

Assalamualaikum..

lemah. i hate to admit it, but yes. aku lemah.
aku terlalu ikut hati.
aku takut.
aku tak berani nak ambil tindakan.
aku biarkan je.
kenapa?
sebab aku lemah. dan aku malu dengan diri aku sendiri.

ya Allah, berikan aku sedikit kekuatan dan keyakinan. :'(


Saturday, 13 October 2012

Love Her!

Assalamualaikum..


Tonight i am so happy coz i found my long lost BFF again..
Anis Izzati.. <3

she was my best friend when i was in standard 6..
we actually did contact each other couple of years ago if i'm not mistaken but then she deactivated her fb and i myself deleted my old fb..
so, we lost contact again.

i searched for her before, but end up with disappointment.
and today, Alhamdulillah, Allah let us meet again.. even though we only talk to each other through the virtual world, it's enough for me..

i really2 miss her though... and we are planning to meet up one day..
and the best part is, she's getting married this December.. yeay her!
i am so happy for her..
luckily i found her again before her marriage..
kalau tak, terlepas la nak merasa nasik minyak beliau..hehe..

yes, i am happy tonight. i'm happy to meet her again. and i thank Allah for it. Alhamdulillah.
i hope this friendship will last forever. Amin~






Friday, 12 October 2012

7 Langkah

Assalamualaikum..

Mari menjadi hamba Allah yg dicintaiNya.. =)





Saturday, 6 October 2012

niqab


Assalamualaikum..


niqab.. ape itu niqab? niqab ni is a piece of cloth yang digunakan untuk tutup bahagian muka.. it is also known as 'purdah'. 

dalam mazhab Syafie, ada dua pendapat tentang pemakaian niqab atau purdah. wajib dan tak wajib. mana-mana nak ikut pun boleh. tapi kalau muka cantik, boleh mendatangkan fitnah, jadi wajib untuk pakai niqab ni. tapi kalau tak pakai, tak dosa, cuma kalau tak pakai niqab ni, jangan pulak bertabarruj lebih2. haram. bole tengok kat sini. UAI

kenapa tiba-tiba nak cakap pasal niqab? sebab aku sangat admire niqab ni dan pemakainya. aku rasa orang yang pakai niqab ni attractive. nampak sangat awesome.

honestly cakap, dalam sudut hati aku ni, ada satu keinginan nak pakai niqab ni. tapi aku rasa macam x layak lagi. yes, every muslimah can wear a niqab. no problem. takde pun dalam agama cakap siapa nak pakai niqab, kena betul2 alim. takde. semua boleh pakai. lagi dituntut ada la supaya tak mendatangkan fitnah. bagi aku, niqab ni satu pakaian yang suci. aku rasa tak boleh nak suka2 pakai. niqab is not a fashion. bagi aku, kalau nak pakai niqab ni, biarlah ilmu kita tentang agama, amalan kita dalam agama selari dengan pemakaian niqab ni. aku tak tahu camne nak elaborate ayat aku tu. paham2 sendiri jela. hehe.. aku cakap camtu sebab, ada yang aku tengok pakai niqab, tapi pergelangan tangan tak tutup, siap ada yang pakai fake lashes segala bagai. aku bukan nak judge sesiapa. niat seseorang tu Allah je yg tahu kan? tapi bila nak pakai tu, biarlah pakaian kita, attitude kita yang lain pun terjaga sama.

sebab tu aku kata aku macam tak layak je nak pakai lagi. sebab aku pun masih perbaiki cara pemakaian aku ni. masih dalam proses nak tambah ilmu tentang agama. masih nak perbaiki attitude. masih belajar menjaga batas ikhtilat. masih dalam proses membersihkan hati. aku masih banyak kekurangan. 

aku pandang tinggi orang yg berniqab. aku cemburu jugak. sebab diorang ada keberanian, keyakinan dan ketaatan untuk pakai. aku nak pakai tapi aku rasa tak layak lagi. banyak lg yang perlu diubah. satu hari nanti, bila aku yakin, atau suami aku suruh, aku akan pakai, insyaAllah. Amin~ doakan aku, sahabat sekalian. aku pun teringin jugak nak pakai pakaian isteri2 Rasulullah ni. :')


Subhanallah. cantik kan orang yang berniqab? :')
(image from google)



Friday, 28 September 2012

cinta.

Assalamualaikum.


malam ni rajin pulak nak menulis. mungkin sebab takleh tido. tak mengantuk lagi and tak tau nak buat ape. so, i decided nak menulis sikit malam ni.. =)

malam ni serius sikit mungkin. aku nak cakap pasal cinta. aku ni x lah mahir soal cinta tapi aku pernah rasa ape itu cinta. macam mana rasa bila jatuh cinta. macam mana rasa bila kecewa sebab cinta. macam mana rasa bila dicurangi. menangis berguling2 sebab cinta. aku pernah rasa semua tu. aku tak hebat bila cakap soal cinta tapi aku ade pengalaman tentangnya.

aku sedar bila kita betul2 cinta and sayang kat someone, kita tend to butakan mata kita. butakan mata kat sini maksudnya apa orang tu buat, kita maafkan. even though kesilapan dan kesalahan tu diulang berkali-kali. kita jadi macam tu sebab kita betul2 sayangkan orang tu. kita sanggup tutup mata, tahan sakit kat hati, tahan kekecewaan tu, dan maafkan dia, bagi peluang lagi walaupun hati kita sebenarnya banyak kali dah terluka. kita sanggup buat macam tu, ambil risiko untuk dikecewakan lagi daripada kita lepaskan dia pergi dari hidup kita. sebab kita rasa tak boleh bila dia takde. pernah alami x keadaan tu? aku pernah. dan semua tu dah bukak mata aku.

cinta tu tak salah. tapi cara kita mengekspresikan cinta kita tu kadang2 salah. Allah memang dah menjadikan manusia ni penuh dengan rasa sayang, cinta.. rasa ingin dicintai dan mencintai itu lumrah. memang fitrah manusia. tapi sedar tak, bila kita couple, lagi banyak susah hati, lagi banyak sedih dari bahagia? kenapa ek? sebab kita bercinta tak ikut cara Islam. 

Dalam Islam ada suruh couple? ade suruh pergi dating berdua lelaki perempuan yang bukan mahram? takde. kenapa? sebab cara bercinta dalam Islam lebih indah, lebih selamat. kau couple, dah terang2 couple tu berdosa di sisi agama. camne kau nak happy? kau dah langgar perintah Allah, camne kau nak happy? couple, buat dosa, gaduh, clash pastu nanges2, then tanya kenapa keadaan jadi cmtu.. kau fikir balik, kau muhasabah diri. orang yang buat dosa, happy hanye sementara..

aku tahu ni ayat cliche. cinta hakiki, yang abadi hanya pada Allah. cliche tak cliche, itu la hakikatnye. kau cintakan Allah, insyaAllah Allah akan temukan kau dengan orang yg juga cintakan Allah. bila cinta tu kerana Allah, insyaAllah akan bahagia. janji Allah, perempuan yg baik untuk lelaki yg baik n vice versa. janji Allah tu. bukan janji manusia. janji Allah itu pasti. tapi baiknya pasangan kita tu nanti mungkin pada permulaan, mungkin pada pertengahan hubungan..kita tak tahu. 

lepas ape yang aku alami, aku sedar, cinta yang aku kena kejar bukan cinta manusia.. udah2 ler tu. sekang time untuk kejar cinta Allah.. lagi2 sekarang aku dah banyak berfikir.. setiap apa yg jadi kat aku, aku fikir balik. bila bercinta, asyik gagal. lepas tu, aku tak banyak kawan lelaki. takde kawan lelaki yang rapat dengan aku.. kenapa ek? aku ni x laku ke? fikir punya fikir, aku terus senyum.. kenapa? sebab aku sedar, Allah nak jaga aku, nak jaga hati aku. Alhamdulillah. Allah jauhkan aku dari kawan rapat dengan mana2 lelaki sbb tu boleh menjerumus ke arah zina hati and kemaksiatan. nauzubillah! tapi ingatlah, syaitan sentiasa ada utk menghasut kita ke arah maksiat. 

yang single2 kat luar tu,aku nak nasihatkan kat korang, tak payah sedih2 xde bf/gf. patutnya korang lagi happy sebab jauh dari dosa. Allah sayang kita. dia nak jaga kita. jodoh untuk kita tu ada. takyah kalut sanagt nak fikir. setiap manusia tu memang diciptakan berpasangan kan? Allah simpan kita untuk org yang deserve kita,yang boleh jaga kita. Allah maha mengetahui kan? Allah plan yg terbaik untuk kita.

memang dalam soal jodoh, kita kena usaha.. tapi usaha kat sini bukan maksudnya kena couple2 bagai. usaha kat sini maksud, bila kita sukakan seseorang, tak payah nak approach dia physically, tapi approach yg mencipta dia. paham? hati dia Allah yg pegang. jadi kena buat apa? berdoa lah, solat istikharah, solat hajat. bukan approach dia n buat dosa. kalau hati tu memang dah yakin itu jodoh kita, masuk meminang.. yang perempuan pulak kalau ade yang masuk meminang, istikharah nak terima ke x.. macam tu la usaha.. 

aku sekarang nak berhenti fikir soal cinta2 ni. siyes.. aku taknak rapat, kawan lebih2 ngan mana2 lelaki. malas la.. penat.. kawan lame mana pun, rapat macam mana pun, belum tentu jodoh kita kan? aku fikir nak perbaiki diri je skang ni.. dekatkan diri dengan Allah, bahagiakan mak and tolong arwah ayah kat sana. itu lagi bermakna dari aku dok melangut buang masa pikir pasal couple2 ni..

Macam yang aku cakap tadi, cara bercinta dalam Islam tu indah. 

apa2 pun, perbaiki hubungan kita dengan Allah. dekatkan diri dengan Allah. insyaAllah, apa pun dugaan yang kita terima, kita kuat untuk hadapi semua tu. sebab hati kita yakin dengan Allah. apa je yang Allah bagi, itu yang terbaik. aku dah jadi lebih kuat sekarang. Alhamdulillah. yakinlah dengan janji2 Allah.. =) 








Friday, 20 July 2012

Ramadhan!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat sebab tahun ni Allah masih panjangkan umur untuk berjumpa dengan bulan yang mulia ni..
yeay! i'm so happy!
gunakan peluang yang ada ni untuk perbaiki diri kita..
sesungguhnya bulan Ramadan merupan bulan yang penuh dengan rahmat..
rebut peluang untuk jadi hamba Allah yg soleh/solehah jom?
happy fasting all! <3




Tuesday, 17 July 2012

sedih..

i'm crying my heart out right now.. ='(
may i grow stronger after this.. ='(





Monday, 16 July 2012

=(

Assalamualaikum..

i'm sorry..i don't want to be annoying..
i don't want to be girl 'yang tak paham bahasa'..
i want to be understanding..
but it's hard..
when my heart told me to do this but mind told me to do that..
ya Allah..help me..

Monday, 9 July 2012

Tudung..pastikan ia menutup aurat.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tudung aku dah semakin labuh dari dulu..dah menutup dada..
InsyaAllah akan semakin labuh..
cara aku berpakaian juga da berbeza..
kalau arwah ayah tengok, mesti dia bangga.. =')





Saturday, 7 July 2012

=)

Assalamualaikum..

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..
Dia takkan menduga kita dengan sesuatu yang tak mampu kita hadapi..
Jadi, bila ada ujian yang menimpa kita, jangan mengalah, jangan berputus asa..
kerana kita pasti mampu menghadapinya dengan bantuan Allah.. =')




Empat perkara dalam empat keadaan... :)

Assalamualaikum..

Sesungguhnya Allah s.w.t. menyembunyikan empat perkara dalam empat keadaan... :)




*klik untuk zoom :)



impian..

Assalamualaikum..

setiap orang ada impian dan harapan masing-masing kan?
aku pun macam tu..
aku nak jadi hamba Allah yang solehah..
aku nak bahagiakan mak dan ayah di dunia dan akhirat..
aku nak berjaya di dunia dan di akhirat..

aku juga ada satu lagi harapan yang besar..kalau aku completekan benda ni, separuh dari agama aku dah sempurna..

“apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti ia telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuhnya lagi dengan bertaqwa kepada Allah” (HR Baihaqi dari Anas bin Malik)..


ya..nikah, kahwin..tapi dengan siapa?
aku ni tak baik..aku tak pandai..aku tak cantik..and banyak lagi kekurangan aku..
aku bukan mengeluh..aku tetap bersyukur dengan segala apa yang aku ada..
Alhamdulillah..segala pujian pada Allah SWT.. :')

jadi, selepas solat, aku selalu berdoa pada Allah..
semoga Allah kurniakan aku dengan seorang lelaki yang tampan imannya, yang kacak budi bahasanya, yang cantik batas pergaulannya..
aku berdoa pada Allah agar aku dikurniakan dengan seorang lelaki soleh yang bantu aku memperbaiki kekurangan aku..

ya, aku tak baik, jadi aku harap dia boleh menjadikan aku lebih baik, dekat kepada Allah..bukan menyesatkan aku..

ya, aku tak pandai..jadi aku harap dia mampu mengajar aku supaya aku pandai dalam hal agama..

ya, aku tak cantik..jadi aku berharap agar dia mampu membimbing aku menjadi cantik di mata Allah dan nama aku menjadi sebutan penduduk di langit..

aku harap aku dikurniakan dengan seorang lelaki yang tak memandang aku secara luaran..
sebab kalau dari segi luaran, memang aku banyak kekurangan..dan memang ramai lagi yang lebih baik dari aku..dan apa yang di luaran ni akan fade away jugak eventually..

tapi aku harap aku dikurnakan dengan seorang lelaki yang pandang hati aku..dan dia jugak menggunakan hati dia untuk memandang aku.. 

wahai lelaki, jika kesempurnaan luaran dan kesempurnaan duniawi yang engkau cari bukan aku orangnya..
tapi kalau kau mencari kebahagiaan hakiki di syurga Allah, aku berjanji aku berusaha sehabis baik untuk kita sama-sama melangkah ke Jannah..

aku harap aku akan dikurniakan dengan seorang lelaki yang terima aku seadanya, yang boleh membimbing aku dan mencintai aku kerana Allah SWT.. :)


amin.. :')




Friday, 6 July 2012

Thursday, 5 July 2012

New Blog!

Assalamulaikum!

this is my new blog! again! hehe..
for this blog, i'll keep it simple and short.. :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...