Assalamualaikum.
Harini nak bercakap pasal kawan.
As we grow older, friends will come and go.
Betul ke?
Mungkin. Untuk sesetengah hal mungkin betul.
Kawan memang datang dan pergi. Tapi kawan yang sejati akan
tetap bersama kita walau apa pun yang terjadi. Kan?
Kat atas muka bumi ni ada bermacam-macam jenis manusia.
Pelbagai ragam. Pelbagai kerenah.
Sebab tu kita juga akan ada pelbagai jenis kawan.
Susah nak dapat kawan yang betul-betul ikhlas berkawan
dengan kita.
Yang akan ada time kita susah.
Yang akan support kita bila kita jatuh.
Yang akan tegur kita bila kita salah.
Yang akan beri kita kekuatan bila kita lemah.
Yang akan pinjamkan bahu bila kita sedih.
Kau ada kawan-kawan yang macam tu?
Kalau ada, bersyukurlah.
Sebab susah nak jumpa kawan yang macam tu sekarang.
Aku juga ada kawan-kawan yang begitu. Alhamdulillah. :’)
Tapi.
Ada suatu perkara yang aku sedar aku kena tempuhi bila aku
nak berubah.
Akan ada kawan yang kurang senang dengan perubahan aku dan
bertindak jauhkan diri dari aku.
Kawan yang baik akan mengingatkan kita kepada Allah.
Bukan jauhkan diri bila kita mahu dekat dengan Allah.
Suka hati lah. Aku tak buat apa-apa kesalahan.
Aku cuma mahu mengenali Pencipta aku.
I live in this temporary world to please Allah.
Mungkin dari situ aku dapat tahu siapa kawan yang
betul-betul kawan.
Tapi takpe.
Sesiapa pun yang pernah berkawan dengan aku,
akan tetap jadi kawan aku sampai bila-bila. :)
.jpg)
No comments:
Post a Comment