Sunday, 17 March 2013
kenapa?
assalamualaikum..
alhamdulillah, dah masuk 3 bulan aku berniqab.
semua dengan izin Allah.
sememangnya dari dulu lagi aku tertarik dengan niqab ni.
sejak sekolah menengah.
aku tertarik dengan ganjaran-ganjaran yang Allah kurniakan untuk para niqabis.
pernah terdetik sekali dalam hati masa tu, "nak pakai jugak lah nanti."
tapi masa tu bila fikir-fikir, macam impossible je aku nak pakai.
jubah, tudung labuh, purdah memang pakaian yang aku rasa macam mustahil untuk aku pakai.
nak, tapi rasa macam impossible.
so, aku tak fikir dah pasal tu.
sehinggalah umur aku 22 tahun.
keinginan nak pakai tu datang balik.
membuak-buak. eceh. kemain ayat.
tahun 2012 memang bagi banyak makna lah dalam hidup aku.
aku buat banyak perubahan yang aku sendiri tak jangka aku akan buat.
ofcoz, semua tu dengan izin Allah.
kisah penghijrahan aku, aku da tulis sebelum ni.
kali ni nak cakap pasal niqab.
sebelum aku pakai tu, memang aku fikir lama.
aku tanya pendapat ramai orang.
aku mintak nasihat.
aku google sana sini.
aku faham, bila dah berniqab ni, besar jugak tanggunjawab dia sebenarnya.
so, aku tak boleh main redah je nak pakai.
tapi sungguh, masa tu Allah memang datangkan rasa nak pakai sangat-sangat.
selalu fikir, nak pakai ke tak.
tapi hati memang nak sangat-sangat.
last-last aku beli gak.
tapi aku simpan. tunggu sampai ready.
maknanya aku memang nak pakai tapi tak tahu bila.
pastu hati aku terdetik pulak, kalau nak buat benda baik, jangan tangguh-tangguh.
mana tahu, esok lusa ajal sampai.
akhirnya, aku tanya mak aku.
"mak. kalau kita nak pakai purdah, mak bagi tak?"
tahu apa jawapan mak aku?
"sukati awak. awak yang pakai."
ahai. sempoinya mak saya.
bila mak dah cakap camtu, tak tunggu lama, aku terus start pakai.
dengan lafaz bismillah, dengan niat sebab nak dekat dengan Allah, nak ikut sunnah, aku pun pakai.
alhamdulillah.
first time pakai masa 20 Disember 2012.
masa tu dinner.
kenapa pakai masa dinner?
demi Allah, bukan untuk menunjuk, bukan nak tarik perhatian.
sebab aku tahu mesti malam tu banyak ambik gambar.
pastu nanti mesti ramai yang upload gambar,
then, nnt mestilah ade jugak 2,3 gambar terselit muka aku sebab aku suka jugak mencapap bila bergambar ramai-ramai ni. hee..
tak mahu lah bila aku dah start berniqab, banyak lagi gambar aku yang togel mukanya.
sebab tu aku pilih untuk pakai malam tu.
and bila aku tulis entry ni, baru aku perasan malam yang aku start pakai tu malam jumaat.
ouh, kebetulan yang indah!
malam terbaik aku pilih untuk jadi niqabis. ;)
perasaan jadi niqabis?
rasa selamat. rasa diri begitu berharga. hehe..
rasa dekat dengan Allah.
bila dah berjubah, berpurdah, bila nak buat jahat ke, nak cakap benda tak elok ke, nak marah-marah ke, rasa macam ada yang tahan.
okay. yang tahan marah tu mungkin kena usaha lagi. hehe..
at first,memang rasa janggal gila.
semua pandang macam aku ni alien.
segan.
tak seronok langsung bila orang pandang-pandang.
but kita keep cool. chill je.
lama-lama dah biasa.
nak cakap extremist ke, ajaran sesat ke hape ke lantak korang lah.
Allah tahu semua niat kita, kan?
kawan-kawan pun selamba je dengan aku.
takde yang takleh terima ke ape.
sume layan aku cam biasa.
korang memang best! muahh la kat korang.
baru-baru ni kawan aku tanya aku.
masa tu 1st time kitorang jumpa lepas setahun tak jumpa.
aku dah cakap awal-awal kat dia, aku pakai purdah da skang.
jumpa aku nanti jangan terkejut.
masa dia jumpa aku tu, dia tanya.
"kenapa nak pakai purdah? bukan wajib pun. pakai tudung labuh pun da okay kan?"
memula aku senyum je. pastu jawapan aku simple je.
"nak tambah pahala."
aku malas nak cakap panjang-panjang bahasa bunga-bunga.
sebab kawan aku tu pun jenis sempoi, otak gila-gila.
so, aku pun jawab simple je.
kenapa pakai purdah?
okay, ini jawapan panjang.
aku pakai sebab Allah kurniakan aku rasa untuk pakai.
Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk dikurniakan rasa yang hebat tu.
aku pakai kerana Allah.
aku pakai sebab nak ikut sunnah.
and yes, aku nak tambah pahala.
kenapa nak pakai? bukan wajib pun.
memang tak wajib.
tapi kalau buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa.
so, aku pilih pahala.
banyak lagi sunnah Rasulullah SAW, kenapa pilih sunnah untuk berpurdah?
aku tak pilih. tapi aku cuba laksanakan sebanyak mungkin sunnah baginda.
insha Allah, aku mampu istiqamah untuk meneruskan sunnah yang satu ni.
Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” [Al-Ahzab : 71]
aku nak cuba peroleh kemenangan tu.
inshaa Allah.
tak tahulah macam mana nak cakap.
bila korang dapat rasa kurniaan Allah untuk berpurdah tu, korang akan paham kenapa.
walaupun tak wajib, rasa puas hati, gembira dapat buat.
rasa selamat.rasa berharga. seriously.
tapi, aku taklah perfect.
kebimbangan aku yang utama ialah takut expectation orang tinggi kat aku.
expect yang baik-baik je dari aku.
honestly, aku banyak gilaaa kekurangan.
banyak gilaaaa nak kena belajar.
banyak gilaaaa nak kena baiki.
aku manusia biasa. buat dosa. banyak.
tapi aku masih dalam proses baiki diri.
tolong jangan expect yang baik-baik dari aku.
sebab aku manusia. bukan malaikat.
manusia fitrahnya memang tak lepas dari dosa.
kalau aku salah, jangan caci, jangan kutuk.
tapi guide aku.
tarbiyah aku.
ye, tolong tarbiyah aku.
kalau aku tersasar, terlalai, terleka, tolong tarik aku semula ke jalan yang lurus.
okay. tu saje.
panjang pula entry kali ni. hehe.
jom, pakai purdah! ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJazakillah khayr ukhti fillah. Doakan saya join the group jugak ye! Tiba2 rasa nak sgt pkai purdah hee. Tp x tahu la kenapa huhu. Mybe sebab skrg ni saya rasa struggle sgt nk tundukkan pandangan dan jaga hati kot. Huhu. Awak rasa lepas awak pkai purdah ni awak lagi mudah ye nk tinggalkan benda2 yg tak elok?
ReplyDeletealhamdulliah.. thanks sharing
ReplyDeletealhamdulliah.. thanks sharing
ReplyDeleteAssalamualaikum awaaak, dulu saya dikelilingi orang yang teringin nak pakai purdah..saya..?? masa tu xde perasaan langsung dan xterfikir langsung nak pkai..sbb dulu shinggalah sekrang saya fkir orang berpurdah ini cantik..jd, dia kenalah jaga pandangan laki2..so, saya nie biasa2 jer..xdelah spt kwn2 saya yang lain..tp, entah kenapa sejak akhir2 nie sering terdetik dan terfikirkan nak pakai purdah pulak..kekadang rasa macam Allah dah bagi keinginan itu..tapi, tulah saya takut sanggat..sebab bila nk berpurdah ini kita kena kuat dari semua aspek..teringat bila penghijrahan saya dulu, nak pakai tudung labuh pun masih nak tertungu2 sehinggalah saya 'terpaksa' memakainya..dan akhirnya, akan timbul kerelaan dalam diri..masa pakai tudung labuh tu asyik menangis jer bila orang tegur..rasa gembira sbeb dah berjaya memakainya,rasa takut orang akan pndang tinggi pd kita walaupun kita sendiri byk kekurangannya dan pling penting rasa bertanggungjwb pulak bila dh pkai tudung labuh di mana perlu jaga imej org yg bertudung labuh dan prlu jaga pndangan orang lain terhadap agama ini..kekadang dengan pemakaian shj kita boleh berdakwah juga..tulah,doakan if berpurdah ini terbaik buat saya,maka permudahkan jalannya ye..in shaa Allah..wassalam
ReplyDeleteBismillah. I really want to wear niqab but... My mom didn't allow me to wear it. I don't know why. I really want to feel the same way as you can. I want to feel safe. Even though i know I'm not perfect and also my mom know who am i. Maybe because she knows me well so she doesn't allow me to wear niqab. But I'm totally very desperate to wear it. I know Allah will guide me when I'm in niqab. I know it and i trust Allah for helping me. I always cry when my mom doesn't allow me to wear niqab. I'm crying so hard because i really want to change my life. I mean my whole lifestyle. I really need your advice please. Do notice this comment please 😢😢😢😢
ReplyDeleteHi, now dah pakai niqab ke?
Delete